Minggu, 11 Mei 2014

Bai’at ‘Aqabah yang Pertama.



Bai’at ‘Aqabah yang Pertama. (621 SM)
Pada tahun kedua belas kenabian, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bertemu dengan dua belas orang dari Yatsrib. Mereka pun masuk Islam. Kemudian mereka berbaiat (bersumpah setia) kepada beliau. Isi baiat itu ada tiga perkara:
  • Tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun.
  • Melaksanakan apa yang Allah perintahkan.
  • Berhenti dari apa yang Allah larang (meninggalkannya) .
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengirim Mush’ab bin ‘Umair dan ‘Amr bin Ummi Maktum ke Yatsrib bersama mereka untuk mengajarkan kepada manusia perkara-perkara Agama Islam, membaca Al Qur’an, shalat, dan sebagainya.
Jadi secara ringkas poin-poin penting pada masa itu adalah :
  1. Setiap musi haji, datanglah kabilah-kabilah dari segala penjuru Arab ke Ka’bah. Nabi Muhammad saw selalu memanfaatkan momentum itu untuk menyampaikan seruan Islam. Seruan belliau itu mendapatkan respon orang Khazraj dari Yastrib. Pada saat itu 6 orang Khazraj memeluk agama Islam. Pada tahun kedua belas dari kenabian di musim haji datanglah 12 orang laki-laki dan seorang wanita dari Yastrib, lalu mereka mengadakan bai’at (perjanjian) atas dasar Islam dengan Nabi. Perjanjian ini, dikenal dengan istilah Bai’atul Aqabatil Ula (perjanjian Aqabah 1).
  2. Isi Bai’atul Aqabatil Ula (Perjanjian Aqabah 1) adalah :
·         Tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun.
·         Melaksanakan apa yang Allah perintahkan.
·         Berhenti dari apa yang Allah larang (meninggalkannya) .

Bai'at berarti perjanjian atau ikrar bagi penerima dan sanggup memikul atau melaksanakan sesuatu yang dibai'atkan. Biasanya istilah bai'at digunakan di dalam penerimaan seorang murid oleh Syeikhnya untuk menerima wirid-wirid tertentu dan berpedoman terhadap bai'at sebagai suatu amanah. Akan tetapi bai'at juga digunakan di dalam cakupan yang lebih luas dan lebih jauh dalam menegakkan ajaran Islam, yang bukan hanya untuk mengamalkan wirid-wirid tertentu kepada syeikh, namun yaitu untuk menegakkan perlaksanaan syariat Islam itu sendiri .
Di dalam Risalatul Taa'lim karangan Hassan Al Banna, dikemukakann beberapa pemahaman dan pengertian tentang bai'at di dalam gerakan dakwah Islamiah. Antaranya ialah:
  • Bai'at untuk memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar. Andai tiada kefahaman terhadap Islam maka sesuatu pekerjaan itu bukanlah merupakan 'amal' untuk Islam atau amal menurut cara Islam. Sebagaimana ia juga bukan merupakan suatu perjalanan yang selari dengan Islam.
  • Bai'at merupakan keikhlasan. Tanpa keikhlasan amal itu tidak akan diterima oleh Allah dan perjalanannya juga pasti sahaja tidak betul di samping terkandung pelbagai penipuan di dalam suatu perkara yang diambil.
  • Merupakan bai'at untuk beramal yang ditentukan permulaannya dan jelas kesudahannya. Iaitu yang dimulakan dengan diri dan berkesudahan dengan dominasi Islam ke atas alam. Hal ini adalah kewajipan yang sering tidak disedari orang Islam masa kini.
  • Merupakan bai'at untuk berjihad. Jihad itu menurut kefahaman Islam adalah berupa penimbang kepada keimanan.
  • Merupakan perjanjian pengorbanan bagi memperolehi sesuatu (iaitu balasan syurga).
  • Merupakan ikrar untuk taat atau patuh mengikut peringkat dan keupayaan persediaan yang dimiliki.
  • Merupakan bai'at untuk cekal dan setia pada setiap masa dan keadaan.
  • Merupakan bai'at untuk tumpuan mutlak kepada dakwah ini dan mencurahkan keikhlasan terhadapnya sahaja.
  • Merupakan bai'at untuk mengikat persaudaraan (sebagai titik untuk bergerak).
  • Merupakan bai'at untuk mempercayai (thiqah) kepimpinan dan gerakan atau jemaah.

1 komentar: